logo
hshade
 

Terma & Syarat-syarat Perkhidmatan

Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan terma dan syarat-syarat berikut:

  1. iprint4u.biz adalah penyedia perkhidmatan percetakan secara online.
  2. Apabila anda menggunakan khidmat artwork kami, keutamaan yang diberikan adalah kesempurnaan dari segi teknikal supaya artwork itu diterima oleh mesin percetakan kerana proses ini amat memerlukan artwork yang memenuhi spesifikasi seperti:-
    • format fail,
    • saiz kerja,
    • mutu imej digital,
    • tona warna,
    • rekaletak yang praktikal, dan rekabentuk yang tidak terlalu rumit (terlalu banyak elemen)
  3. Kami cuba menghasilkan artwork sebaik mungkin berdasarkan praktikaliti dan idea untuk mempercepatkan proses percetakan, oleh itu masa lebih diutamakan untuk teknikaliti, bukan kreativiti. Anda boleh membantu dengan memberi lakaran jelas bagaimana rupa produk cetakan anda atau apa jua produk yang anda pesan supaya kami dapat memenuhi kehendak anda. Beri contoh bahan yang sedia bercetak adalah kaedah terbaik supaya proses lebih lancar.
  4. Jika anda benar-benar inginkan rekabentuk grafik yang MENEPATI CITARASA, sila dapatkan khidmat Graphic Designer (mahir menggunakan Adobe Illustrator atau CorelDraw) supaya proses percetakan lebih mudah dan cepat.
  5. Pada masa akan datang kami akan menyediakan perkhidmatan rekabentuk grafik dengan mengenakan caj-caj yang berpatutan.
  6. Sekiranya anda menyediakan artwork sendiri, ia perlu menepati beberapa syarat untuk diterima oleh mesin cetak dan anda bertanggungjawab atas sebarang kesalahan/kesilapan/rekaletak artwork anda..
  7. Jika artwork anda diterima, anda harus faham dan menerima hakikat bahawa warna yang tercetak atas bahan akan berbeza 5% dari yang anda lihat di skrin komputer atau pencetak anda kerana:-
    • alat percetakan dan proses yang berbeza,
    • penggunaan dakwat yang berbeza,
    • kesan visual ke atas bahan kertas yang berlainan akan menghasilan tona warna yang berlainan
    • faktor lain yang mempengaruhi proses percetakan 4 warna(CMYK)
  8. Daripada pesanan sehingga penghantaran, tempoh siap amat tertakluk kepada:-
    • final artwork,
    • kerjasama anda (maklumat, semakan artwork, pembayaran),
    • jadual operasi (masa tutup untuk pesanan, waktu/hari operasi ),
    • kelancaran khidmat kurier/penghantaran.
  9. Beberapa perkara boleh mengganggu tempoh proses:-
    • beban dan kerumitan hasilkerja,
    • kegagalan pelanggan beri kerjasama,
    • kesilapan artwork,
    • cuti umum,
  10. Semua maklumat yang dipohon seperti di dalam borang Sebutharga/Pesanan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat. Kegagalan meletakkan maklumat yang betul seperti nombor telefon, alamat email dan alamat penghantaran mungkin akan menimbulkan kesulitan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas kesulitan dalam segala urusan diakibatkan daripada berlakunya perkara ini.
  11. iprint4u.biz dibuka 24jam sepanjang minggu selama 365 hari dalam setahun untuk menerima Pesanan dan pertanyaan anda. Walaubagiamanapun untuk sebarang pertanyaan dan bantuan teknikal melalui telefon adalah pada waktu pejabat (9-5) setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.
    • Proses percetakan bermula waktu pejabat pada hari bekerja dan produksi berhenti pada Cuti Umum.
    • Proses menyediakan artwork bermula secepat mungkin selepas menerima bayaran dan maklumat serta bahan daripada anda.
  12. Anda setuju bahawa kami tidak boleh dipertanggungjawab terhadap apa-apa implikasi yang akibat daripada penggunaan perkhidmatan kami secara langsung atau tidak langsung.
  13. Kami berhak menolak pesanan bahan-bahan yang berunsur negatif dari segi moral dan/atau bercanggah dengan mana-mana akta atau undang-undang di Malaysia.

Kami sentiasa menghormati kerahsiaan pelanggan-pelanggan. Semua maklumat peribadi yang anda berikan sama sekali tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga, kecuali alamat penghantaran yang digunakan oleh perkhidmatan kurier.

shade
fshade
iprint4u.biz © 2018 | Dimiliki oleh : Vista Image Services (TR0092440-V)